lama

  • 0

assalamualaikum.

dem. blog ni kategori mati. 🙈

lain hari cuba lagi.

ahh.

bye

hai blog

  • 2
kalau laa blog ni ade nyawa, ade mulut, sah aku dah kena cerca.. waktu dah bosan taktau nak buat ape baru nak singgah..hahahaa..

memang lama dah kot tak mengadap blog ni.. selamat laa ingat lagi password bagaii.. kalau lupa pun mcm laa nak ingat pun kan? haha :P

sudah2.. teruskan dengan niat sebenar update ni.. ceh

semalam baca blog pasal babi, harini terus rajin nak update..

padahal dah berzaman tak update pape langsung.. boringg... semenjak takde teman seperjuangan makan2 besar ni, makin malas nak update.. lol

dah2, dengar ni.. lagu untuk semua.. haha  :P


tak paham sangat pun lirik die.. tapi mcm feeling dengar lagu hindustan plak.. boley??

exam makin dekat makin malas nak mengadap buku..  

oh ye, sekarang aku dah ade isteri no.2 hahaha.. sape no.1 ye? abaikan.. ni gambar die..


nama beliau..............errr... tak fikir lagi.. umur baru sebulan lebih.. haha.. bukan psp ye, tapi encik ukulele tu.. buruk kan? tapi best walaupun tak reti main, tapi bile sentuh pastu petik mesti feeling2 macam pro giler.. berangan gile.

nanti lain kali la plk update lagi.. nak tido dah, dekat pukul 3pagi dah ni..

selamat malam malaysia.. selamat malam orang birm.. byebye

tag kuno

  • 0
tag yang dah bezaman terbiar..tetibe teringin nak buat balik. taktau nak buat ape..isi jelaa masa yang ade nii..



3 names in your message inbox :
* irfa
* acai
* marsyaa

Your main ringtone :
* maroon 5 - moves like jagger
* love u like a love song - selena gomez

What u did at 12 last night?
* tengah mimpi, tido awal

Who was the last person you went out with?where?
* irfa, naqib, acai.. pegi tengok movie in time dekat bremmall

The colour of t-shirt you're wearing now
* baju melayu warna ungu

The last thing you did
* baca komik tadi

3 of your everyday favourite items
* fon
* laptop
* komik. item ke ni?

The colour of your bedroom
* putih suci dan murnii

How much money in your wallet now?
* honestly, rm1

How's life?
* oke laa

Current mood?
* mengantuk

Your favourite song?
* sky is over - serj tankian

What will you do next weekend?
* tak fikir lagi. pegi sabah kot

When wast the last time you see your mum?
* tadi

Where is she now?
* ade dekat dalam bilik tido

When was the last time you talk to your parents?
* tadi laa

Who is the last person that talked with you last night?
* kakak

The last surprise you got?
* budak rumah curi makanan simpanan. serius kejutan

Last thing you borrowed from your friend?
* external irfa

Who is your bf/gf/husband/wife?
* cik bulat

What do you feel right now?
* Mixed Feeling.

Wanna share with who?
* No One.

Who know your secret?
* No one.

They keep your secret?
* ................

Are you angry with someone?
* Rasanya lah.

What do you order at Mc'D?
* set ayam 2 ketul

The last time you feel so sad?
* Not Sure. sentiasa kot

Mahu Tag?
* abg aie
* kaksha
* umi wafa
* kakput
* kakgha
* kakcik
* wanieyy
* kakseri 
* marsya

kalau rajin buat laa ye. :)

serius panjang

  • 0
lamanya tak update blog ni.. serius lama! last update bulan 6 aritu.. lepas masuk sem baru, ape update pun takde. gile pemalas.. yelah, masuk sem baru haritu dalam bulan 7, bulan tu sibuk dengan persiapan nak raya, ehh puasa yg tak lama je.. so dalam bulan 7 tu, kebanyakan masa aku habiskan berulang alik ke perak sebab nak tahu urusan expo dekat taiping yg aku kena jaga. oh ye, aku berulang tiap2 minggu tapi ape peningkatan pn takde jugak sampai 2 minggu terakhir nak raya.yelah, orang majlis perbandaran kuala lembab, taiping pn lebih kurang je. penat je. -_-

memandangkan dah citer dari bulan 7, aku teringat jap dalam bulan 7 jugak abg aie dengan yg lain2 convo. highlight sini abg aie je sebab ade gambar die sorang je yg bole upload sini.haha.. sape suruh yg lain2 takde nak amik gambar sekali, pastu kalau ade amik sekali kenapa tak hulur2 kan? :P oke, walau macam dah telambat nak update hal ni sebab memang dah lambat, tapi aku still nak bgtau sebab aku suka tengok abg aie pegang hello kitty gedabak tu. hahaa. bawak tak hello tu pegi uk buat peluk2? hahahaha


cute kan abg aie dengan hello kitty tu? haha :P

selesai convo, masuk ramadan.. so dalam bulan ramadan ni, minggu petama dah balik perak sebab atas urusan expo katanya, tapi hampeh je. rupanya orang majlis sana dah macam racist. benci betul. dalam 2-3 hari kot sangkut dekat perak tu, gantung kelas lagi. nasib ade jugak sempat ziarah klinik sebelum pegi, ade jugak mc membantu, hahaha..

dalam minggu kedua puasa, berbuka puasa dengan abg aie. hahahaa.. serius kitorang jadi macam orang yg lapar gile macam dah dua hari puasa tanpa makan. haritu jadi keluar berbuka sebab masing2 nak amik movie yg baru dowload je. semangat kan intenet dekat itqan laju sangat?? so keluarlah kitorang petang tu. plan nak makan dekat tempat lain, tapi berbuka tempat lain sebab aku lambat turun sebab tetido menunggu abg aie jemput, haha.. so kitorang berdua je masa tu. kitorang keluar tanpa acai sebab acai taknak, diet kot.

so kedai makan dekat selayang jadi pilihan berbuka sebelum aktiviti transfer movie berlangsung. waktu tu makan nasi putih 2++, tomyam, daging masak merah dengan ayam masak kunyit. semangat kan makan banyak2? yelah, lapar kan puasa2 tu. selesai makan dengan penuh selera, mulalah aktiviti transfer movie, sebab waktu tu tibe2 hujan, kitorang memang takde idea nak bukak laptop, kfc plak jadi pilihan. oke, menu dekat kfc plak, air pepsi 1, dengan ayam 3 ketul dan cheesy wedges. air lagi satu abg aie beli revive dari 7e je. dekat kfc mintak cawan kosong, haha. so makan lagi kan? lepas makan berbuka, makan lagi. yelah, sahur terus kan. hahahaha

sebab tu kali pertama keluar berdua berbuka dan jugak abg aie ade banyak nak cerita pasal intenet itqan yg laju macam dekat uk (boley?), pasal america, israel sume, so borak2 kitorang haritu lama jugak la walaupun berdua je. oh ye, dapat makan kfc pun sebab ade hot tiket versi bulan puasa punya. tapi serius taksuka sebab tak dapat banyak mesej dengan call mcm sebelum puasa.

esoknya, berbuka lagi dengan abg aie. tapi, kali ni ade cik seri shasha azmar, datin paduka namza nwodorea, tun acai, panglima putri dengan bendehara marsya, hahahahahaha. masa tu berbuka kedai ape ntah tak ingat, tapi yg tahu makan tu kenyang. :P waktu tu dapat la jumpa pengantin baru kannnn? btw, still lg konpius sebab tengok baju polo abg aie tu semacam je. :P

masuklah minggu 3 puasa, minggu ni aku balik perak. balik raya oke? kena balik raya sebab dah betul dapat tapak expo. so pulanglah beraya awal tapi takde feel pun macam balik raya sebab awal sangat balik kan.. hentian duta lengang je. macam balik bulan2 biasa je. sampai2 je kuala kangsar, rehat sehari, esoknya terus mulakan aktiviti pasang2 barang2 expo dekat taiping.

so selamatlah aku menjaga tapak expo tu, tido dalam khemah tu hari2, sengal badan sangat tapi sabor jelaa. so 5 hari sebelum raya, cik marsyaa datang perak dengan niat nak beraya sekali dan jugak melawat rumah kawan die dekat situ. lupa plak nama kawan die tu ape, tapi yg pasti kawan abg aie jugak. 

waktu hari akhir tu, malam raya la kan, baru je nak rehat2 jap sebab abang kakak sume datang tolong sekali, tapi ade orang kejut waktu tido dekat buaian belakang tapak expo tu. ajak shopping baju rayaaa.. semangat! die dah buat survey oke? so berjalan lah shopping dalam pukul 3++ tu membeli kebaya ape ntah warna putih, selendang, dan jugak kuih raya yg serius murah.

sebelum2 ade jugak dah shopping kan, tapi nak jugak malam raya punya harga. untuk selendang2 tu die dapat la murah2 sebab beli dekat sedara aku, ade jugak yg dapat free, hahahaha. well, dalam pukul 5 pagi kitorang sume dah mula kemas tapak. yelah, pagi tu dah nak pegi solat raya lagi kan.. saaaangat penat oke.

sampai rumah dalam pukul 6.40 pagi tu kot.lepas kira2 duit, kira2 mercun, try baju raya, kasut raya, makan kuih raya, dan jugak pape yg ade sume nak try, dah dekat pukul lapan. so terus siap2 nak pegi solat raya. balik solat cadangnya nak pegi beraya dekat rumah kawan die dekat sayong tu, sudahnya selamat tido sampai ke petang. yelah, penat sangat shopping malam raya kan. oke, merajuk malam tu taknak pakai sepasang warna baju raya waktu pegi beraya tu, hahaha

raya ke-2 takde buat ape pun, layan sedara2 yg datang rumah jelaa kan. layan la sangat, padahal duduk dalam bilik je. :P raya ke-3 satu family pegi buat piknik dekat lumut. so sebelum pegi tu, aku dah prepare dah perap ayam sekor untuk buat bbq pastu dengan sayur2, masak nasi, makanan ringan, dan jugak sediakan sume makanan yg ade. kuih raya pun tersenarai. tapi, bali je mak dari pasar, keluar lagi dua ekor ayam untuk aku belah,basuh dan perap untuk tambahan bbq. serius banyak. pegi 3 kete je, tak ramai sangat pun kan ahli yg ade tapi bole la nak happy kan. :)

dalam musim raya tu jugak laa pegi beraya dekat rumah kawan marsyaa tu. sume tema merah, die sorang putih, tak ikut tema langsung. hahahaha

balik kl je, mula teman die selesaikan hal2 persediaan nak ke uk sume. masa tu jugak mula tengok kehadiran ahli baru dalam kehidupan abg aie, htc wildfire S.hahaha :P jeles jap waktu tu sebab fon abg aie ade grafik viper gerak2 kalau hujan, pastu ade bunyi guruh sume. jeles jeles jeles oke?

penatnya taip.. rehat jap.

oke, waktu bulan 9 ni dah dekat dengan tarikh abg aie  untuk sebarkan pengaruh mak ayam dekat uk. oke, lawak bodoh jap. die nak pegi uk dah sambung belajar. so banyak la jugak masa yg kitorang habiskan bersama, sweet sangat, hahahahaha. masa ni la jugak merasa naik persona baru kann??? so kitorang bershopping mencari pakaian yg sesuai untuk dipakai waktu dekat airpot nanti. nak nampak menawan katanya. :P penat bershopping tapi puas sebab itu yg akan jadi shopping terakhir sama2 tahun ni. shopping seterusnya tahun depan la pulak lepas habis die belajar nanti. :) btw, still nak minta maaf lagi sebab tak datang malam berlepass tu. sangat2 minta maaf oke? :D

gambar  yg sempat amik sebelum pegi :')

sorang dah pegi, tinggal lagi sorang. :P so banyak laa jugak hal yg nak diselesaikan sorang ni. selesai hal visa, hal duit dalam bank pulak la, ape lah. aku pun taktahu.. yelah, aku duduk malaysia je, mana jejak tanah luar lagi kan untuk sambung belajar ni. belum rasa lagi susah nak setel macam2 hal. akan datang insyaallah. :)

so untuk yg sorang lagi nak pegi uk ni, kesian jugak oke banyak masalah. well, sume orang yg nak pegi sambung luar pun rasanya mesti rasa jugak kot ek? hmm.. oke, so tak banyak nak cerita pasal sorang ni, sebab die balik sabah dulu baru jejak kl kan sebelum pegi uk. so takdepape sangat cerita laa, cuma teman amik gambar, pegi mara sume tu jela, still sama jugak macam perasaan masa teman abg aie, tak bape nak kisah sangat, sebab tahu itu je masa yg ada, so nak spent selagi mampu. :)

gambar yg sempat amik :)

berangan macam faizal tahir kan aku? hahahaha.so itu antara gambar yg jadi pilihan aku sebab nak macam hensem pulak kan? berangan jap. haha :D

sekarang dah masuk ke arah penghujung bulan 10. tinggal acai je yg tak habis belajar lagi. agak2 pasni acai habis, aku tinggal sorang la ye? :( hmm. dah panjang sangat kot rasanya post ni kan? cukup la nanti2 plak update. hahaha :D

menunggu tidur.

  • 0
Like the sky is always blue.. Like the grass is always green.. Like cherry will always be red.. Like the sun will always shining us.. Like my ♥ for u that will never fade away 


aku merepek lagi..dah lewatlewat malam camni takde ape nak buat, takbole nak tido.. kesan tido seharian tanpa gangguan..cehh..terus takbole tido bile dah malam camni..tercipta ayat-ayat sweet jap..hahahaha


takde ape nak buat, taip je ape yang ade dalam kepalaa..hahahaha. biarlah. ade jugak hasil penaipan kat sini dari kosong je masa aku yang terluang ni..


tengah2 bosan ni, ade je benda nak menaip, walaupun macam pelik je ayat aku kat atas tu. betul ke grammar tu ek? biarlahh..hahaha


ini la kesan bile takbole tido, aku tersangat taktau nak buat ape dah.. nasib baik ade laptop ni, kalau tak lagi laa betambah bosan telampau..menunggu semangat nak tidur ni sangat susah..pejam mata pun tak telelap jugak..


hmmm, bile laa aku nak mengantuk ni..   -_-