huwaaahhh!!! sedar tak sedar seminggu dah ade dgn dia.. hahaa..cm tak pecaye je dia mmg ade skali kt sini skang..yelahh.. mula2 ingatkan main2 je nak ikut balik raya, rupanya mmg btul nk ikut..hambik kau! pagi2 lg haritu dah serbu rumah kejut nk bgtau yg kau ikut blk rumah raya nanti..hahaa... terpinga-pinga je dia dalam mamai yg tak habis lg pagi tu ( petang dah kot masa tu? ) ..
bermulanya perjalanan dia ke rumah sgt kelakar.. dengan kejadian2 yg tak disangka2kan akan terjadi dlm usaha dia nak datang ke rumah ni ...jatuh motor ye dengar citer? hahaa..nasib baik takde pape jd kn?so ... setelah ditinggalkan dengan rela hatinya di hentian duta, maka bermulalah pengembaraan dia ni nak ke rumah aku ni.. betapa risaunya dia kalau tak dapat jejak kaki kat negeri aku ni..yelahh...first time naik bas ke rumah kawan kan? sorang plak tu..sah2 laa gile gelabah kalau tersalah bas ke tempat lain plak ..mmg menangis lah kau jawabnyaa..hahaa ..
turun je dia dari bas tu,menunggu je dia dengan muka yg sangat suci ..hahahaa ..muka baru bangun TIDO sangat.. haha.. well , masa jemput je dia,dalam kepala terus fikir nak bawak dia pegi makan kat kedai makan yg makan dengan sahabat lain masa IPTIM haritu.. so sesampai je kt kedai tu, dengan pantas soalan petama dia , " ape makanan aie masa IPTIM haritu? " , hahaa..tergelak sangat masa tu..punya lahh semangat dia nak tau ape kami makan haritu..bersungguh2 dia nak tau ape hidangan haritu..giler semangat..taknak kalah sangat..nak jgk ckp dia pun dah melantak jugak kt kedai tu..haha..papepun sgt enjoy makan dengan dia malam tu .. dan........ malam tu menjadi malam petama dia melelapkan mata di katil bilik aku..penat sangat kot..trus telelap je lepas landing body atas katil..malas nak ganggu dia tido.. (=
1st day besama, dia sangat senyap dengan family yg lain..aduhhhhh.. payah ni...! camne laa nak buat makhluk ni bersuara dengan manusia lain dalam rumah ni..asyik dok dalam bilik je kejenyaa..tak klua pun..takde aku,tak klua la dia dari bilik tu jawabnyaa...haihhh...tetiba jd senyap masa dalam rumah tu..selalunya dia antara orang yg tak reti kenal penat bila becakap ( kot? ) .. so , time makan malam tu,tiba2 mak aku ajak dia besembang plak..hahaa... senyap kau..dengar jelaa apa yg mak nak becakap dengan kau..hahaa.. laju je aku lari masuk bilik awal2.. pandai2 la kau belajar besembang dengan diorang..haha
2nd day dia ade disini , dah raya pun.. hahaa..bangun lambat kau! nasib baik tak telepas solat raya pagi tu.. selepas pulangnya kami dari solat sunat aidil adha pagi tu, terus masuk bilik je dia ni.. alahaii... apehal laa dia ni..malu sangat ke dengan orang lain? pelik kot.. bukan ada sesapa pun kt rumah ni.. yg ada aku , dia ,mak dgn pa aku je.. lain sume beraya di perantauan .. hmmmm.. mungkin malu lg kot dengan yg lain...petang tu bawak dia bejalan pusing2 kat pekan.. masa tu teringat laa ada hot tiket untuk tebus pizza..so , dengan cemerlangnya terus je dengan pantas memandu ke pizza yg ada nak tebus la kononnyaa... dapat je pizza dengan air tambahan yg diorder giler tekejut! rupanya kecik je pun pizza yg dia nk baggi tu..hampahh je..kecik je pizzanyaa..4 potong..sorang dua dan masing2 SANGAT tak kenyang melantak pizza tu.. sebagai tanda protes dan balas dendam terhadap pizza kecik td tu , kami pegi la lepas geram dengan menjerit kat karoke sepuas-puas hati kami .. hahaa..enjoy sangat menjeit sampai tak sedar dah malam ..terus je rushing balik ke rumah..nasib baik laa tak kena marah dengan mak..hahaa
3rd day kat sini pagi2 lagi aku dah rembat kunci keta terus pegi ipoh dengan dia.. hahahaa.. sesampai je kt ipoh , sasaran petama sudah pasti adalah boling.. happy laa mula2 sbb main dua game dan kasut plak free tak perlu bayar .. tapi bila dapat je kasut terus tau knp sangat murah kos yg dia kenakan .. kasut sangat hancuss dan bola yg ada sebijik cam dekat alamanda yg bolanya besar berat dan selesa tapi lubang kecik.. sangat tensen masa tu.. dengan rasa geram tapi dah bayar tepaksa jgk main ..selesai je main dua set game tu,terus pegi serbu karoke plak dengan hajat nak menyanyi lepas penat main boling ..tapi sangatlahh hampa sebab ramai sangat yg beratur tunggu turn nk menyanyi.. tepaksa la kensel je niat nak nyanyi dengan dia haritu..dalam pejalanan balik kitorang singgah la kedai mamak ni kat area ipoh jgk ..dari jauh lagi dah dengar lagu hindustan..pergh! sangat menarik telinga orang suruh dengar lagu yg dia pasang .. masa order makan tu,sangatlah tekejutnya aku yg dia ni mintak nasi separuh je! petama kali sepanjang kenal dia kot..hahaa.. nak dieet la kot dia tu?selesai makan kami pun pulang dan terus tido dengan lenanya sebab penat sangat bejalan sepanjang hari..
4th day besamaan hari jumaat dimana kami bedua telambat bangun untuk ke masjid ..cepat2 bangun dan besiap nak ke masjid la kononnya..padahal jam da 1.30 masa tu..sampai je masjid ngam2 baru mula soalt..nasib baik je sempat sampai ke masjid tu ..selesai solat jumaat kami pun pulang dan dengan hati riang rianya terperasan ada ayam pakcik kentaki dah siap terhidang untuk kitorang..uhhh..untuk pengetahuan,sepanjang dia disini, har2 kitorang makan ayam je..sampai dia dah tak larat nak mengadap ayam hari2..kelakar je..selesai makan, kitorang pun terus menuju ke pusat karoke yg tedekat nak tebus balik yg semalam tak tecapai..berkaroke lahh kami segigih mungkin kt situ..habis penat menyanyi , pegi makan plak kat kedai yg mula2 sekali dia makan masa dia sampai sini ..hahaa...sampai dua air diorder oleh dia .. tekak kering menjerit la kot..hahaa..selesai makan order plak tiramisu sebagai pencuci mulut..dah makan separuh baru teringat nak amik gambar! so , tepaksa la order lg satu tiramisu untuk diambik gambarnyaa..habis licin dua2 tiramisu dia dengan aku makan..pulang ke rumah dengan perut yg sangat kenyang ...hahaa..perut kenyang , hati pun senang .. =D
last day .. well .... sedar tak sedar dah sampai hari untuk kami pulang semula ke kl..walaupun sepanjang masa dia kat sini cam bosan dan aku tau dia mmg bosan ( hahaha ) , aku tetap harap dia enjoy dengan life kau kat sini..lagipun pasni aku beharap dapat ke rumah dia plak kat sabah ...ohh yaa..lupa nak bagitau yg kawan aku ni orang sabah baa...hahaa...harapnya dia enjoy je sepanjang minggu ni dengan aku yg sangat membosankan ni ..
btw..ni adalah sedikit sebanyak gambar yg aku ambik sepanjang tempoh dia kat rumah aku ni ..
waktu melantak tiramisuu =)
belajar main rubik laa konon..
selamat hari raya wahai keluargakuu..
bangun mandi pagi2 ..hahahaa
pizza yg kecik!
penat makan ayam ..hahaha
penat siapkan rubik terus kepenatan landing camtuu.. haha
menanti waktu makan .... =P
fyi , sepanjang dia ade kat sini, berat tubuh badan dia dah meningkat sebanyak 2 kilo ++..ntah apa dia makan pun tak tauu..hahaa...harap dia kenyang selalu je.. hehee.. jangan maraa.. =P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment