abg aie lari lagi .

  • 6
semalam adalah satu hari yg sgt sgt sgt penat buat aku .. teramat penat! penat sampai hari ni nak bangun pegi kelas pun malas ..tapi nasib baik bejaye pegi kelas jugak..

badan terasa sengal sengal.. hati terasa riang ria lagi.. haha~~ sume sebab semalam pegi ke pj utk satu aktiviti yg dianjurkan oleh yayasan salam malaysia ..boleh dikatakan agak ramai jugak manusia yg datang ..sebelum tu ,setakat yg  dibagitau kat aku, yayasan salam ni adalah satu pertubuhan sukarela ..agaknya laa ..setakat yg aku dibagitau jela.. kalau salah pun lantak laa ..haha.. ape aku kesah ! kenapa aku mcm tak kesah ? sebab ade kesah yg membuatkan aku tersangat tak ingin mengambik kesah utk pertubuhan ni.kesahnya pasal seorang manusia ..jap lagi aku citer.. haha  ~~ XD

semalam aku besama mereka2 yg dihargai dan disayangi pegi ke pj utk menyertai satu aktiviti ape ntah ,tapi ade petandingan karoke , teka kacang , cabutan betuah , mari mewarna dan sukaneka yg agak best tapi mencarut + kepenatan + saket hati disebabkan oleh perlakuan2 tertentu .. ape perlakuan tu , biarkan rahsia sekejap ..hahaa .. citer dulu dari awal kitorang disane..

mase kat sana , kitorang tade sape2 pun yg kenal..haha ..oleh sebab kami pegi pun dah berlima ,iaitu,aku, abg aie, achai, kakseri dan kaknasyitah..so ,mcm rilek la jugak walaupun tade sape kenal.. sepanjang kitorang disane , hampir setiap masa kitorang akan mengisi perut ni ..betapa baiknya yayasan salam ni sponsor makanan kat kitorang dan lain2 ..sgt kenyang sbb asik makan dan minum je aktiviti kitorang ..

awal2 terasa oke lagi ..tapi bile dah sampai bab persembahan nyanyian yg diorang buat, kami SANGAT bosan sebab penyanyi jemputan diorang tak best ..nyanyi jerit2 ..tak dinafikan aku sendiri pun nyanyi jerit ,tapi still ade kesenian suara lagi ..haha ..tapi diorang langsung tade ..mmg tak best..ramai yg mengantuk mase diorang nyanyi ..sangat terbukti sbb ramai yg pegi jalan2 dan menguap masa diorang nyanyi .. 

selesai diorang menjerit meraung segala , trus ade makan tegah hari plak ..aman telinga sebab dah tak dengar diorang nyanyi ..selesai makan , datanglah waktu yg dinantikan oleh kami awal,iaitu acara sukanekaa.. haha ..niat kitorang dari awal memang nak rembat sume hadiah yg bakal dibagi nanti ..so kami berlima bakal jadi satu kumpulan ..tetibe sorang dari kami taknak join game sebab nak amik gambar kitorang main2 jap lagi..so, tepakse laa cari lagi 2 orang nak cukupkan 6 orang satu team ..

selesai mencukupkan 6 orang kitorang bermula dengan acara2 sukaneka yg sangat enjoy dari segi zahirnya tapi tak menarik dari sudut pandangan agama ..waahh~~~ tetibe becakap pasal agama mcm aku baik sgt je ..hahahaa.. btw , bkn sahaja dari sudut permainan diorang ni tade batas pergaulan ,tapi dari ape2 aktiviti yg diorang buat pun , lelaki dan perempuan sume dah macam laki bini ..sangat tak best.. sudah2 ..banyak kritik pulak aku ni..haha

ini adalah list permainan yg kitorang main berdasarkan pemberitahuan diorang ..

LARI BAWA BOLA PING-PONG
BERBOLA BERPASANGAN
BERKAYU BERKUMPULAN
ANAK KETAM 
LARI BERBELON
BOWLING KELAPA 
SKIPPING DAN MELERET BOLA
BELON AIR
REBUT KERUSI

sudah bole bayangkan acara yg bakal berlaku ?? oke ~~ ni adalah permainan yg kitorang main setelah mengetahui cara sebenar bermain ..

LARI BAWA BOLA PING-PONG = bawak batang mop macam harry periuk main penyapu terbang

BERBOLA BERPASANGAN = letak di tengah kepala lari bersama tanpa pegang bola


BERKAYU BERKUMPULAN = lelaki dan perempuan main permainan harry periuk lagi ( 3 orang satu mop! )


ANAK KETAM = lari ikat kaki 3 orang


LARI BERBELON = 3 belon digunakan dan satu diletakkan di celah kangkang dan dua lagi dipeluk ( bayangkan sendiri )

BOWLING KELAPA = menjatuhkan air mineral dengan buah kelapa


SKIPPING DAN MELERET BOLA = pakai kain pelikat main skiping dan gelecek bole guna batang mop


BELON AIR = baling dan sambut belon 


REBUT KERUSI = permainan yg perlukan kekuatan daya fizikal untuk melawan pihak lain dari mencuri kerusi milik kita 

sudah tau kan? oke lahh ..sepanjang permainan ni,kumpulan kitorang menang hampir kesemua permainan dan ade jugak beberapa permainan ni telah diadili secara tidak adil .. dan aku tau diorang tak adil .. utk pengetahuan korang , disane ,sume orang dari pakai baju warna biru ..kitorang je yg baju sangat warna warni ..hahahh ..janji hebat!! :P

untuk permainan yg membuatkan aku akan ingat sampai bile2 adlah permainan anak ketam kat atas tu ..hahahaa...aku berikat dengan kakseri dan achai ..kitorang menang megah round ni sebab kitorang lari sangat laju ..sampai kat garisan penamat aku dengan kakseri tergolek comel di atas rumput sebab larian kami yg tersangat pantas ..hahahhaa ..achai sorang je yg stabil dan tak jatuh..pelik2.. :)

untuk setiap pusingan kitorang mencuba nasib untuk menang dengan penuh bergaya.. sampai permainan rebut kerusi ,aku dengan kawan aku sorang ni ,masa dah dapat kerusi yg direbut , dia asik diseksa dengan teruk oleh kumpulan yg berbaju biru .. memandangkan die bergelut dengan ramai orang demi sebuah kerusi ,aku hanya dapat tengok je sebab klau aku tolong nanti kerusi aku pulak kena curik .. makanya , die bergusti dengan diorang ni dua kali yg dimana kali keduanya die terpaksa mengalah sebab ade bantuan luar yg membuatkan die kalah .. dan semasa tersingkirnya die dari permainan tu ,aku dah memandang satu manusia ni yg memang dari awal lagi sangat aku benci oleh kerana sifat dan perangainya yg sangat tak menghormati dan tak menjaga perasaan orang lain .. 

kawan aku tepakse mengalah dengan manusia ni semata-mata sebab nak kumpulan die dalam round seterusnya .. what the fish ? kau main biarlah adil , jangan laa libatkan diri dengan game orang lain .. kesian kawan aku ,sebab mase die berebut kerusi dan dikerumuni orang yg aku sempat kira dalam 5 orang jugak laa bergusti dengan die ni , kawan aku dilempang dicubit ditumbuk dan dipukul secukup rasa untuk membuatkan die melepaskan kerusi tersebut .. aku simpan dendam dengan diorang ,dan aku bejaye kalahkan sume peserta dan dinobatkan juara untuk permainan tesebut .. aku puas! puas sebab muka orang yg aku benci tadi dan membuatkan kawan aku kalah tadi memandang aku dengan pandangan jeles+saket hati sebab aku menang dan kalahkan pasukan die..hahahahaa

selesai penat2 main sume, tibalah masa untuk mengetahui keputusan pemenang .. dan aku bayangkan team aku akan dapat number hujung2 je ..tapi lepas umum2 sampailah tahap dimana pengumuman untuk johan dan naib johan je .. sangat tekejut !! setelah diumumkan segala ,kitorang mendapat tempat kedua secara logik akalnya sebab masa die umum sape dapat johan adalah team lain , automatik team kitorang merangkul tempat kedua la kan?  tapi lain pulak jadinye ..team yg dpt num dua ni adalah team manusia yg aku benci tadi ..senang citer ,orang yg aku benci ni seorang makcik yg belagak  dengan kata lainnya orang yg membuatkan aku tak kesah dengan yayasan ni mcm yg aku citer awal2 tadi  (:  ..so , die tadi masa umum awal2 ,die dapat num 4-5 camtu lahh ..so kerana ketakpuasan hati mungkin tetibe die dapat num 2 jugak dekat dalam senarai pemenang.. lagi hebat ,orang yg umum pemenang2 segala ni pun adalah team dengan die jgk..  

aku tak puas hati ..aku pun jerit2 la dari belakang yg diorang ni tak adil segala .. untuk pengetahuan korang aku bukan menjerit sorok2 , tapi memang seat kitorang dibelakang sekali .. aku sentiasa menjerit untuk diorang cek balik kesalahan diorang ..masa aku jerit2 ni laa ramai mata yg memandang termasuk mata makcik tadi tu ..mata die pandang aku sangat belagak,,rasa cam nak kerat je bahagian body die satu2 biar mati perlahan2 dan terseksa .. ramai jugak yg tesedar akan kesalahan pengiraan markah tu dan menyokong kitorang tapi tak becakap pape pun kat pengadil ..aku teruskan menjerit .dan masa ni lahh abg aie ni telah bangun dan melarikan diri taknak duduk sebelah aku sebab takut ( mungkin ) aku jerit2 kat diorang .. ni adalah kali kedua die bangun dan melarikan diri dari duduk sebelah aku ..pertama kali kat kisdar masa iptim ..camne cerita disana yg membuatkan die bangun jugak? biarlah rahsiaa ..hahha

masa die lari tu , aku gelak jugak ,tapi cover jela .. at last baru laa diorang datang kat kitorang dan mintak maaf ..lepas mintak maaf diorang bagi dua beg hadiah kat aku ..sebenarnya ,masa tu sume dah mula lari jauh2 dari aku sebab aku jerit tadi .. diorang bagi dua beg je ,so aku pun cakap laa kat diorang ,takkan dua beg je? agak lahh pun nak menipu, team lain masing2 dapat satu beg sorang bersamaan 6 beg satu team ..die blah dan datang balik kat aku tambah lagi satu beg dan mintak maaf sebab beg dah abis dan pasal insiden salah kire markah tadi .. aku angkat kaki trus lepas dapat segala sume tu..

aku dibagitau oleh diorang yg makcik tu sebenarnya adalah orang2 besar jgk la utk yayasan salam ni.. setiap ape aktiviti yg akan diorang buat pun akan berjumpa dengan die jugak ..oleh kerana aku dah mendaftar kat yayasan salam ni, dan mengetahui yg makcik ni akan ade setiap kali ade program,aku mencarut trus dan takmau join dah ..bukan aku je yg menyampah dengan makcik ni, satu team aku taksuke die sebab perangai die yg memang tersangat dibenci ..

aku tersangat menyampah sampai teringat muka die ..patutnya aku takbole ingat , tapi ni asyik teringat ..cam giler je..hahaa . mungkinkah aku dihantui bayangan makcik ni?? tidakk~~~ hahahhahah XD


oke oke ..dah citer kan?? haha .. ni adalah gambarajah makcik tu ..harap die taktau laa gambar die kne tayang dalam ni .. sory makcik ..anda feymes dalam entry ni .. 


                                                              inilah makcik hebat tu ..



paling penting,demam aku yg biase2 je untuk 2-3 hari semakin teruk hari ni ..sebelum2 ni muntah2 je..hari ni dah muntah jugak lagi 2 kali ..taktau kenapa..ditambah dengan pening + sakit kepala dan selsemaa ..besabar ..terima kasih jugak kepada kakakput yg baru je kejap tadi bagi ubat demam .. keperihatinan anda sangat dihargai dan akan diingati sepanjang zaman .. :)

6 comments:

Violet Gurl said...

serius, sakit mata baca semua ni. juling dah sikit mata ni.

fauzi ramli said...

rasanya ni laa entry terpanjang penah buat..hahahh

s said...

get well soon pojie.....ape2 pun sbr la....dalam dunia ni mcm2 perangai manusia...at least kita dah nampak mcm mana perangai masing2 kan...mereka memang HEBAT! terima kasih kakitangan Yayasan Salam atas layanan "BAIK" anda kepada kami. sesungguhnya Allah Maha Melihat. Allah juga Maha Adil. Kami bukan mengharapkan hadiah atau apa. bukan jugak kami mahukan layanan 5star hotel. cuma mahukan keadilan. pergi dengan niat utk berseronok and mengetahui dengan lebih dlm mengenai YS. tp lain plak jadinya. Kenapa dalam perkara2 sekecil ini pun perlu ada sikap berat sebelah. atau mungkin mereka nampak perkara ini remeh. dan tak perlu menjaga hati sesiapa. Hanya kerana kami kelihatan seperti "budak mentah" bukan bermakna kami sanggup diperbodohkan. ye jelas...kami diperbodohkan. BOLEH TAK ANDA BAYANGKAN BAGAIMANA PERASAAN ANDA BILA JELAS YANG ANDA MENANG HAMPIR SETIAP PERLAWANAN, TETAPI PADA AKHIRNYA ANDA TIDAK MENDAPAT APA-APA NOMBOR DALAM PERLAWANAN TERSEBUT. Mereka datang dengan memberi alasan EMCEE dah tersalah announce. WTFish? Kalau emcee salah pun knp pihak "berkenaan" tak datang ke depan menegur emcee tersebut. Dan emcee pula, sungguh tidak profesional nya anda....tidak bolehkan anda meminta maaf kepada kami diatas kesilapan anda jika benar ini kesilapan anda. MAAF sy katakan yang saya juga berpengalaman menjadi emcee. Tetapi sedarkah kamu kesilapan kamu sangat besar. (Jika betul kata mereka emcee salah). Bukan kata nak datang minta maaf. tp senyap. Kumpulan 4 tenggelam begitu sahaja. terima kasih sekali lg. Apa-apa pun sy bukan salahkan YS.Malah, NGO sperti YS ni harus kita hormati kerana membawa misi yang sgt murni. cuma individu2 yang dimaksudkan diatas. harap berubah :)

fauzi ramli said...

kiler panjang . haha! sesungguhnya kami tak dilayan dgn baik dan dtg mcm buang tenaga je ..kpd kakseri , luahan akak sgt mendalam dan diharap dapat sampai ke telinga mereka tentang luahan hati bersama ni ye .:)

dalila165 said...

pakcik..
jaga dri baik2 okay...
hahaaa..
;))))
anything do text me yup :)))

fauzi ramli said...

oke dd..haha :)